apakah itu planet nibiru? Untuk pengetahuan, sebuah planet bernama
nibiru atau planet x(oleh nasa) sedang melengkapkan putaran orbitnya
yang berlaku setiap 3600 tahun. Planet ini 100 kali ganda besar bumi dan
sama besar dengan planet jupiter (musytari). Dijangkakan pada 2012
planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada bumi dengan
memutarkan kutub2 ke kedudukan terbalik (polar shifting) yang
dijangkakan oleh nasa.
Lintasan planet nibiru ke dalam sistem suria dikatakan bakal memberikan
impak yang dahsyat di bumi. Gempa-gempa bumi terkuat dalam sejarah
manusia moden akan terjadi ketika ini. Setelah bumi bergerak sejajar
dengan medan magnet nibiru, gempa bumi berskala lebih 9 skala richter
akan berlaku danakan dirasai ba nyak tempat di dunia. Ketulan ais di
kutub akan terbelah dan mencair, meningkatkan aras air laut sehingga
menenggelamkan banyak tempat di dunia. Gelombang tsunami raksasa juga
dijangkakan akan berlaku pada masa tersebut.
Elektromagnetik yang berlaku di planet-planet lain dalam sistem suria
ketika ini juga dipercayai disebabkan oleh graviti nibiru. Perubahan
cuaca yang agak ekstrem ini juga dipercayai berpunca daripada
ketidakstabilan gelombang elektromagnetik bumi akibat pengaruh nibiru.
Namun, kita sebagai rakyat malaysia yang masih mentah dalam astronomi
tidak mengetahui dan tidak didedahkan dengan pengetahuan tersebut.
Walaupun, kita sudah ada angkasawan, namun, kita masih terlalu muda
untuk melibatkan diri dalam sains angkasa lepas. Kita hanya disuapkan
dengan fenomena pemanasan global dan perubahan cuaca dunia yang
disebabkan oleh aktiviti manusia sendiri. Walhal, pengaruh luar bumi
juga turut menyumbang kepada fenomena ini.
Kestabilan medan magnet bumi yang dipengaruhi oleh matahari akan
terganggu oleh lintasan nibiru. Pergerakannya memasuki sistem suria
menyebabkan suhu teras bumi meningkat secara mendadak akibat adanya
pertambahan gerakan berputar di dalamnya. Ketika teras bumi cuba
mencapai keseimbangan bagi perubahan mendadak dalam sistem suria,
keadaan ini akan menghasilkan kesan sampingan yang teruk antaranya
perubahan cuaca yang tidak stabil dan meningkatnya aktiviti gunung
berapi seperti yang berlaku sekarang.
Peningkatan suhu teras bumi mengakibatkan peningkatan berkala pada
aktiviti seismik dan gunung berapi. Gempa bumi pun sering terjadi.
Daerah pegunungan diancam bahaya lahar. Kepanasan dari teras bumi bumi
diserap oleh mantel dan akhirnya kerak bumi mengakibatkan peningkatan
suhu dasar laut. Air laut yang semakin panas akan merubah pola arusnya,
taburan hujan berubah dan pola-pola meteorologi terganggu.
Mereka mengaitkan peristiwa ini seperti yang pernah berlaku banjir besar
zaman nabi nuh as dahulu..planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan
gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi.ia hanya akan lalu
diantara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan
seakan-akan anak matahari.(tanda besar kiamat? Objek merah di langit
kelihatan)
as dan negara2 barat lain sedang sibuk membuat persiapan menghadapi
keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara di banjaran2
gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahun kerana
dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap. Di norway misalnya, mereka
membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit
lengkap dengan ciri2 keselamatan dan dari ancaman bencana. (rujuk paper
bulan februari, kosmo, bh n lain2)
untuk rujukan penuh sila cari kat web berkaitan tentang nibiru or video
youtube. Benarlah kata2 rasulullah satu ari nanti bumi akan hancur dan
satu zaman dipanggil back to ancient berlaku di mana segala teknologi
pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan
pedang cara kuno. Jadi bersedialah kita umat islam...allahhuakbar
dan jika makluman ahli sains angkasa itu salah, maka hendaklah kita
jadikan renungan dan iktibar. Marilah kita muhasabah diri kita. Kita
diminta oleh rasullullah saw untuk membaca, memelihara dan menyebarkan
al quran. Perkara kiamat adalah ketentuan allah yang mutlak dan pasti
akan berlaku. Yang penting bagi kita adalah bersedia untuk menghadap
allah. Adakah kita telah bersedia?
Sumber : Klik EOCommunity
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar